SA. VIGNESWARAN A/L M. SANASEE. SMS
Saya, SA.Vigneswaran dilahirkan pada 16 Disember 1965 di Kuala Lumpur tetapi dibesarkan di Klang, Selangor Darul Ehsan. Saya menerima pendidikan awal di Sekolah La Salle, Klang, Selangor dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah St. Pauls Institution, Seremban, Negeri Sembilan. Selanjutnya saya menamatkan pengajian A-Levels di Kolej Stamford, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Selepas mendapat keputusan A-levels, saya telah melanjutkan pelajarannya di United Kingdom dalam jurusan undang-undang dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang (L.L.B) dari Universiti Staffordshire, Stroke-on-Strand di United Kingdom.
Sebaik sahaja pulang ke tanah air, saya memulakan pengajian CLP (Certificate in Legal Practice) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan telah memperolehi CLP pada tahun 1997. Seterusnya saya diterima sebagai Pelajar dalam kamar (Chambering) dengan Firma Peguambela dan Peguamcara Tetuan Pushpalingam Kasmani dan Rakan- Rakan, Klang, Selangor Darul Ehsan. Saya kemudiannya berkhidmat sebagai Penasihat undang-undang di sebuah syarikat perkapalan dan logistik di Pelabuhan Klang.
SA Vigneswaran telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Susita Periasamy dan mempunyai dua orang cahaya mata, Danusha Vigneswaran, 13 tahun dan Tuhinaah Vigneswaran, 8 tahun. Pada masa lapang, saya suka bermain badminton, bola sepak, membaca dan khidmat masyarakat. Saya merupakan anak kelima dari 6 orang adik beradik. (Empat orang kakak dan seorang adik lelaki).
Profil Politik
Di peringkat awal pembabitan saya dalam masyarakat adalah bila saya menyertai MIC pada tahun 1983 apabila saya berumur 18 tahun. Ayah saya, mendiang Encik M. Sanasee adalah seorang ahli MIC yang sangat aktif dan dikenali ramai di kawasan Pelabuhan Kelang, Selangor. Ayah saya menerima lantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) oleh DYMM Sultan Selangor. Saya membantu ayah saya dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bersama anak-anak muda di kawasan perumahan saya masa itu. Penglibatan saya dalam MIC mendalam mengikut peredaran masa dan semasa saya berada di United Kingdom, saya menjadi Pengerusi Kelab MIC London Utara (dari 1991 hingga 1993). Mulai 1999 sehingga 2002, saya memegang jawatan Setiausaha Pemuda MIC Kebangsaan .
Pada tahun 2002, saya dilantik sebagai Ketua Pemuda MIC Kebangsaan dan dan dipilih tanpa bertanding sebagai Ketua Pemuda MIC Kebangsaan pada dua penggal berturut-turut pada tahun 2003 dan 2006. Saya juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi MIC Pusat (Central Working Committee) dari tahun 2000 sehingga sekarang. Di arena nasional, saya memegang jawatan Naib Pengerusi Biro Sosial Pemuda Barisan Nasional dari tahun 2000 sehingga sekarang.
Jawatan dan tanggungjawab
Kerjaya politik saya dalam kerajaan Malaysia bermula apabila saya dilantik sebagai Ahli Parlimen Kawasan Kota Raja, Selangor Darul Ehsan sejak Mac 2004. Pada tahun 2004 sehingga sekarang, Saya mula menjawat jawatan Setiausaha Parlimen, Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia, di kabinet Malaysia.
Saya telah mula memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda MIC Kebangsaan sejak 2002. Sebaik sahaja dirinya dilantik ke jawatan tersebut, visi dan matlamat yang mahu dibawa oleh saya kepada pergerakan Pemuda MIC semakin terserlah.
Saya telah menggariskan beberapa program untuk membantu mengemaskinikan dasar dan jentera pentadbiran Pemuda MIC. Antaranya adalah penyusunan semula Pergerakan Pemuda MIC yang melibatkan peringkat kebangsaan, negeri dan bahagian. Saya juga menggerakkan jentera Pemuda MIC untuk memberikan penjelasan tentang MIC bagi tujuan membetulkan gambaran yang kadangkala dikelirukan oleh sesetengah pihak. Pergerakan Pemuda MIC di bawah pimpinan Saya telah banyak menganjurkan dan mengadakan kursus-kursus tertentu bagi melengkapkan lagi pengetahuan, semangat dan kemampuan ahli-ahli Pemuda untuk terus berjuang dengan lebih berkesan.
Jelas sekali, Pergerakan Pemuda MIC di bawah kepemimpinannya berjuang untuk memperjuangkan konsep yang menyeluruh secara total.
Selain menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Ahli Parlimen Kota raja dan Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, saya juga dilantik sebagai Ahli Majlis Latihan Khidmat Negara. Dalam memainkan peranan sebagai Ahli Majlis Latihan Khidmat Negara, saya memberikan saranan dan idea saya agar Program Khidmat Negara akan membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada Negara, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta untuk memupuk kerjasama dan perpaduan dikalangan pelbagai kaum di negara ini.
Selaras dengan penglibatan aktif saya dalam isu-isu semasa khasnya keamanan dan hak asasi manusia, saya menjawat perlantikan sebagai Wakil Aman Malaysia dalam Isu Palestin. Pada 15 Februari 2005, saya telah mengetuai Delegasi Aman Malaysia iaitu “PEACE Malaysia Sri Lanka-India Tsunami Victims Mission” yang dianjurkan oleh Pemuda Barisan Nasional ke Sri Lanka dan India untuk menyampaikan bantuan Tsunami di kedua-dua negara berkenaan.
Pada Ogos 2006, saya telah mengetuai satu delegasi rasmi Pemuda Barisan Nasional ke New Delhi dan Chennai, India untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Parti Kongres dan Parti Bharatiya Janata (BJP) India bagi meraih sokongan untuk menamatkan kezaliman pihak Israel di Lebanon. Perjumpaan ini telah mencatatkan kejayaan cemerlang dari segi persetujuan negara berkenaan untuk menyokong usaha-usaha Malaysia untuk menerajui misi keamanan sejagat (Universal Peace).
Dalam isu-isu kemasyarakatan pula, saya telah menubuhkan sebuah Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia di mana saya memainkan peranan saya sebagai pemegang amanah yayasan tersebut.
Saya telah mewakili Pemuda MIC dalam Program Globalization Summit pada tahun 2000. Selain itu, saya telah menyertai Seminar Kepimpinan untuk Pemimpin-Pemimpin Muda anjuran Friedrich Normann Foundation di German pada tahun 2000.
Saya juga mewakili Pemuda Barisan Nasional dalam Forum Persahabatan dengan Pemimpin-Pemimpin Muda PAP Singapura pada tahun 2000, 2001 dan 2002. Saya juga menyertai Perhimpunan Diaspora India Antarabangsa pada Januari 2004 di New Delhi, India diikuti Januari 2005 di Mumbai dan Januari 2006 di Hyderabad. Di perhimpunan tersebut, saya telah mengusulkan keperluan untuk satu Pembentukan Struktur Jaringan Belia Antarabangsa yang telah diterima secara rasminya.
Dalam kapasiti sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, saya telah mewakili Malaysia dalam Delegasi Commonwealth Parliamentary Association (CPA) Cawangan Malaysia pada Mei 2005 yang merupakan lawatan sambil belajar ke Parlimen United Kingdom, England.
Pada Februari 2007, saya telah menyertai rombongan lawatan rasmi ke Parlimen Azerbaijan, Romania dan Moldova yang diketuai oleh Y.B. Dato’Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Lawatan tersebut bertujuan mengadakan kajian perbandingan mengenai tatacara berparlimen di Azerbaijan, Romania dan Moldova di samping memupuk kerjasama antara negara-negara berkenaan dan seterusnya memberikan peluang Malaysia membangkitkan beberapa perkara atau isu yang melibatkan kepentingan negara berkenaan.
Anugerah Kebesaran
Pada tahun 2005, saya telah dikurniakan Anugerah Setia Mahkota Selangor (SMS) oleh DYMM Sultan Selangor.
Saya telah dicalonkan untuk menerima Anugerah Ambassador of Peace bagi tahun 2005 dan 2006 oleh Organisasi Keamanan Dunia Antarabangsa, New York (International World Peace Organisation) dan saya telah dianugerahkan “Ambassador for Peace” bagi Malaysia oleh Universal Peace Federation Inter Religious and International Federation for World Peace pada 2005 dan 2006.
Saya telah dianugerahkan “Pelantikan Ahli Majlis Perundingan Belia Negara Penggal XXVI Tahun 2007 – 2008”.
********************************************************************************************************
| Alamat Kediaman | : | No 19, Jalan Anggerik Vanda Dua 31/166B, Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. |
| Telefon | : | 603 – 5121 1281 |
| Faks | : | 603 – 5121 0281 |
| Telefon Bimbit | : | 019 – 383 2281 |
| Telefon | 03 – 8871 3012 | |
| E- mail | : | vignes@savigneswaran.com / |
| vsanasee@gmail.com | ||




